Sunday, June 24, 2012

Pertandingan Reka Cipta Bendera Daerah Ledang

Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu Pertandingan Reka Cipta Bendera Daerah Ledang sedang diadakan bermula pada  9 Mei 2012 hingga 01 Ogos 2012 kelolaan Pejabat Tanah Ledang dan Pejabat Daerah Ledang bagi tujuan memberi hebahan kepada orang awam berkaitan dengan Majlis Ulangtahun Pengisytiharan Daerah Ledang Kali ke-4 disamping memberikan orang awam peluang untuk bersama-sama meraikan pengisytiharan tersebut serta dapat menggalakkan budaya reka cipta dikalangan masyarakat.
Reka cipta terbaik akan memenangi hadiah seperti berikut:

Johan                             RM 5,000.00 beserta Sijil Penghargaan
Naib Johan                   RM 2,500.00  beserta Sijil Penghargaan
Ketiga                            RM 1,500.00  beserta Sijil Penghargaan
Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Urusetia Reka Cipta Bendera Daerah Ledang (06-978 1008)

Atau Klik pautan disini Pertandingan Reka Bentuk Bendera

Wednesday, March 9, 2011

Pemantauan PBS Reka Cipta 2011

Salam,

Pemantauan PBS Reka Cipta bakal berlangsung dari 22hb hingga 28hb Mac ini. Oleh itu diharapkan semua pelajar dan guru yang terlibat dapat bersedia lebih awal dalam penentuan aspek dan modul.

Pemantauan pertama ini melibatkan 2 perkara utama iaitu:
  1. Pengurusan Fail Induk PBS Mata Pelajaran
  2. Folio Pelajar (Aspek 1.1 hingga 1.3)
Sila rujuk Pentaksir kawasan anda untuk mengetahui informasi lanjut.
Contoh produk pembersihan

Contoh produk pemindahan

Sekian

Thursday, January 6, 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011

Selamat kembali ke sekolah kepada warga SMKTA khususnya murid-murid dan guru-guru di bawah Bidang Teknik & Vokasional.

Semoga tahun ini pencapaian akademik dan perancangan Panitia dapat dilaksanakan dengan lebih cemerlang dan lancar.

Wednesday, December 1, 2010

Selamat menjawab calon SPM 2010 SMKTA

Rasanya belum terlewat untuk pihak editorial Blog Teknik & Vokasional SMK Tanjung Adang mengucapkan selamat maju jaya di dalam menjawab soalan-soalan semasa Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk tahun 2010.

Khususnya untuk pelajar kelas 5 Bestari 1 dan 5 Bestari 2 yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta & Sains Pertanian.

Tips terakhir yang boleh dikongsi disini, buat apa yang termampu apabila berada di dewan peperiksaan, hanya doa yang dapat guru-guru seperti kami iringi agar anda semua memdapat keputusan yang cemerlang dan menjadi insan yang bertanggungjawab pada agama, bangsa dan negara insyallah.

All the BEST ..!!!

Saturday, May 8, 2010

Aktiviti Sains Pertanian



Persiapan sebelum pameran



















Pelajar-pelajar 4 Bestari 1 yang membantu guru-guru menjayakan program bidang teknik & vokasional.