Hari ini akan diadakan satu Bengkel Teknik Menjawab Kertas Satu Mata Pelajaran Reka Cipta untuk para pelajar tingkatan lima 2009.
Program ini dikelolai oleh JKD Reka Cipta iaitu SMK Tanjung Adang, dan disertai oleh 2 buah sekolah dari sekitar daerah Johor Bahru iaitu SMK Tun Syed Nasir Ismail dan SM Sultan Abu Bakar.
Bermula dari 1.00 tengahari ketibaan peserta dengan makan tengahari disediakan oleh pihak penganjur. Solat jam 1.30. Bengkel bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Penceramah dijemput khas daripada SMK Ayer Baloi, En Zulkurnien Abdul Rahman selaku Ketua Jurulatih Kebangsaan Negeri Johor, Ketua Pentaksir Negeri Johor dan Guru Kanan Mata Pelajaran Reka Cipta.
Berdasarkan pengalaman beliau itulah jemputan khas ini dibuat untuk julung kalinya sebagai aktiviti Akademik JKD bagi tahun ini.
Dengan itu di alu-alukan semua pelajar dapat menghadirkan diri ke majlis ilmu tersebut tepat pada masanya.
Terima Kasih