Sunday, June 24, 2012

Pertandingan Reka Cipta Bendera Daerah Ledang

Sukacitanya dimaklumkan bahawa satu Pertandingan Reka Cipta Bendera Daerah Ledang sedang diadakan bermula pada  9 Mei 2012 hingga 01 Ogos 2012 kelolaan Pejabat Tanah Ledang dan Pejabat Daerah Ledang bagi tujuan memberi hebahan kepada orang awam berkaitan dengan Majlis Ulangtahun Pengisytiharan Daerah Ledang Kali ke-4 disamping memberikan orang awam peluang untuk bersama-sama meraikan pengisytiharan tersebut serta dapat menggalakkan budaya reka cipta dikalangan masyarakat.
Reka cipta terbaik akan memenangi hadiah seperti berikut:

Johan                             RM 5,000.00 beserta Sijil Penghargaan
Naib Johan                   RM 2,500.00  beserta Sijil Penghargaan
Ketiga                            RM 1,500.00  beserta Sijil Penghargaan
Sebarang pertanyaan boleh dibuat melalui Urusetia Reka Cipta Bendera Daerah Ledang (06-978 1008)

Atau Klik pautan disini Pertandingan Reka Bentuk Bendera