Thursday, July 30, 2009

PELARASAN KERJA KURSUS REKA CIPTA


Alhamdulillah, hari ini selesai sudah pelarasan kerja kursus reka cipta (3763/2) dengan keputusan yang agak baik dari segi penghantaran folio pelajar yang 100% menepati kehendak Lembaga Peperiksaan. Namun ada sedikit kekurangan dari aspek kemasan Artifak yang belum sampai tahap yang diingini.
Pelarasan kali ini dihadiri oleh KPN Johor iaitu En Zurkurnain daripada SMK Ayer Baloi, Pontian dan KPw iaitu En Abdul Rahman daripada SMK Semenchu, Kota Tinggi. Pelarasan yang bermula seawal jam 9.00 pagi berakhir pada jam 11.30 pagi.
Terima kasih di ucapakan kepada pentaksir dengan teguran dan nasihat yang diberi. Tidak lupa kepada rakan-rakan guru yang terpaksa masuk menggantikan kelas cikgu Mohd Nizam dari hari Isnin hingga Khamis. Jasa mu akan di kenang. Semoga dimurahkan rezeki.