Showing posts with label kerja kursus. Show all posts
Showing posts with label kerja kursus. Show all posts

Saturday, February 13, 2010

Projek akhir 2010 siri 1

Sebahagian daripada lakaran idea asas para pelajar tingkatan 5 tahun 2010, kini telah sampai ke lukisan teknikal.

Daripada 3 tema yang beri iaitu
  1. Penyimpanan
  2. Perlindungan
  3. Pembersihan
Majoriti pelajar selesa dengan tema penyimpanan dan pembersihan. Selamat maju jaya kepada mereka, insyallah lagi info bergambar untuk proses pembinaan model akan di upload... kita nantikan kemunculannya..
Bekas menyimpan biskut/makanan kering.
Tempat menyimpan kain tuala kering basah.

Pencuci semburan buih sabun.
Berus pencuci berspan 2 dalam 1

Thursday, July 30, 2009

PELARASAN KERJA KURSUS REKA CIPTA


Alhamdulillah, hari ini selesai sudah pelarasan kerja kursus reka cipta (3763/2) dengan keputusan yang agak baik dari segi penghantaran folio pelajar yang 100% menepati kehendak Lembaga Peperiksaan. Namun ada sedikit kekurangan dari aspek kemasan Artifak yang belum sampai tahap yang diingini.
Pelarasan kali ini dihadiri oleh KPN Johor iaitu En Zurkurnain daripada SMK Ayer Baloi, Pontian dan KPw iaitu En Abdul Rahman daripada SMK Semenchu, Kota Tinggi. Pelarasan yang bermula seawal jam 9.00 pagi berakhir pada jam 11.30 pagi.
Terima kasih di ucapakan kepada pentaksir dengan teguran dan nasihat yang diberi. Tidak lupa kepada rakan-rakan guru yang terpaksa masuk menggantikan kelas cikgu Mohd Nizam dari hari Isnin hingga Khamis. Jasa mu akan di kenang. Semoga dimurahkan rezeki.