Wednesday, October 14, 2009

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB REKA CIPTA

PENGUMUMAN...

Hari ini akan diadakan satu Bengkel Teknik Menjawab Kertas Satu Mata Pelajaran Reka Cipta untuk para pelajar tingkatan lima 2009.

Program ini dikelolai oleh JKD Reka Cipta iaitu SMK Tanjung Adang, dan disertai oleh 2 buah sekolah dari sekitar daerah Johor Bahru iaitu SMK Tun Syed Nasir Ismail dan SM Sultan Abu Bakar.

Bermula dari 1.00 tengahari ketibaan peserta dengan makan tengahari disediakan oleh pihak penganjur. Solat jam 1.30. Bengkel bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Penceramah dijemput khas daripada SMK Ayer Baloi, En Zulkurnien Abdul Rahman selaku Ketua Jurulatih Kebangsaan Negeri Johor, Ketua Pentaksir Negeri Johor dan Guru Kanan Mata Pelajaran Reka Cipta.

Berdasarkan pengalaman beliau itulah jemputan khas ini dibuat untuk julung kalinya sebagai aktiviti Akademik JKD bagi tahun ini.

Dengan itu di alu-alukan semua pelajar dapat menghadirkan diri ke majlis ilmu tersebut tepat pada masanya.

Terima Kasih

Thursday, October 1, 2009

Perkampungan Ilmu Dan Restu PMR 2009

Program ini bakal berlangsung dari 3,4 dan 10 oktober 2009. Subjek KHB terlibat pada sabtu 10 oktober 2009.

Program yang memberikan mendedahan minit-minit terakhir kepada pelajar tingkatan 3 agar dapat bersedia dari segi fizikal dan mental. Peperksaan PMR yang bakal bermula dari 7 oktober 2009 dan akan berakhir pada 13 Oktober 2009.

Peperiksaan PMR mata pelajaran KHB SP dan ERT dijadualkan pada 13 Oktober.

Selamat maju jaya.

Monday, August 17, 2009

Trial PMR 2009


Selamat menduduki peperiksaan kepada para pelajar SMK Tanjung Adang. Khususnya pelajar-pelajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan Ekonomi RumahTangga dan Sains Pertanian... Semoga dapat menjawab dengan dengan tenang dan yakin! Kami guru-guru di Bidang Tek & Vok mendoakan kejayaan anda.

Thursday, July 30, 2009

PELARASAN KERJA KURSUS REKA CIPTA


Alhamdulillah, hari ini selesai sudah pelarasan kerja kursus reka cipta (3763/2) dengan keputusan yang agak baik dari segi penghantaran folio pelajar yang 100% menepati kehendak Lembaga Peperiksaan. Namun ada sedikit kekurangan dari aspek kemasan Artifak yang belum sampai tahap yang diingini.
Pelarasan kali ini dihadiri oleh KPN Johor iaitu En Zurkurnain daripada SMK Ayer Baloi, Pontian dan KPw iaitu En Abdul Rahman daripada SMK Semenchu, Kota Tinggi. Pelarasan yang bermula seawal jam 9.00 pagi berakhir pada jam 11.30 pagi.
Terima kasih di ucapakan kepada pentaksir dengan teguran dan nasihat yang diberi. Tidak lupa kepada rakan-rakan guru yang terpaksa masuk menggantikan kelas cikgu Mohd Nizam dari hari Isnin hingga Khamis. Jasa mu akan di kenang. Semoga dimurahkan rezeki.

Wednesday, June 24, 2009

SAMBUTAN HARI TERBUKA, KOPERASI DAN KEMUNCAK KOKURIKULUM 2009


Hari terbuka tiba lagi... untuk panitia di bawah Tek Vok tiada masalah kerana rata-rata keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2009 agak memuaskan dari segi peratus kecemerlangan. Ucapan tahniah kepada warga pendidik Tek Vok yang berusaha gigih untuk mempertahankan peratusan 100% lulus unutk setiap peperiksaan, insyallah.

pertandingan membina blog panitia

Jentera bidang tek vok akan menyahut cabaran pihak pengajur untuk memeriahkan program pembestarian sekolah dengan membangunkan laman blog panitia yang tidak lain bertujuan memberikan maklumat dan ilmiah bukan sahaja guru malah para pelajar untuk mengakses apa sahaja yang berkaitan dengan Pengajaran & Pembelajaran di makmal mahupun di kelas.

Sehubungan itu, kami di dalam bidang tek vok mengalu-alukan sebarang maklumbalas dan kritikan jika terdapat kelemahan disana-sini bagi mempertingkatkan kualiti laman blog ini.

terima kasih.

Tuesday, June 23, 2009

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG BIDANG TEKNIK VOKASIONAL SMK TANJUNG ADANG