Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Tuesday, May 4, 2010

minggu Teknik & Vokasional 2010







Salam hormat dan salam Teknik Dan Vokasional SMKTA untuk tahun 2010.
Untuk julung kalinya Bidang Teknik Dan Vokasional SMKTA yang diterajui oleh En Zailani Bin Taib selaku Ketua Bidang telah lancarkan Minggu Bidang Teknik Dan Vokasional SMKTA yang telah dirasmikan oleh Pn Pengetua SMKTA iaitu Pn Hjh Asiah Bte Mohamad pada 3 hb Mei 2010. Tema " Kreativiti dan Inovasi Pemangkin Kecemerlang ".

Guru-guru yang terlibat di dalam program ini ialah:
  1. Pn Julinah Bte Wagiman (Ketua Panitia KHB)
  2. Pn Shahrimah Bte Mashahrin
  3. En Mohd Nizam Bin Mat Tanda (Ketua Panitia RC)
  4. En Zailani Bin Taib ( Ketua SP)

Antara program-program yang akan di lakukan sepanjang minggu ialah:

  1. Pertandingan Kerja Kayu (KHB ERT & SP Tingkatan 3)
  2. Pertandingan Menjahit Skirt (KHB ERT Tingkatan 1)
  3. Pertandingan Memasak Sajian Sarapan Pagi (KHB Tingkatan 2)
  4. Pertandingan Teka Silang Kata KHB (Semua Tingkatan Menengah Rendah)
  5. Pertandingan Pemasangan Komponen Elektronik (KHB SP Tingkatan 2 & 3)
  6. Pertandingan Lakaran Produk Reka Cipta ( Tingkatan 4 & 5 )
  7. Pertandingan Kuiz Sains Pertanian ( Tingkatan 4 & 5)
Program akan berlangsung dari 3hb Mei 2010 hingga 8hb Mei 2010. Penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang akan di adakan pada 14hb Mei 2010 (Jumaat).

Wednesday, October 14, 2009

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB REKA CIPTA

PENGUMUMAN...

Hari ini akan diadakan satu Bengkel Teknik Menjawab Kertas Satu Mata Pelajaran Reka Cipta untuk para pelajar tingkatan lima 2009.

Program ini dikelolai oleh JKD Reka Cipta iaitu SMK Tanjung Adang, dan disertai oleh 2 buah sekolah dari sekitar daerah Johor Bahru iaitu SMK Tun Syed Nasir Ismail dan SM Sultan Abu Bakar.

Bermula dari 1.00 tengahari ketibaan peserta dengan makan tengahari disediakan oleh pihak penganjur. Solat jam 1.30. Bengkel bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Penceramah dijemput khas daripada SMK Ayer Baloi, En Zulkurnien Abdul Rahman selaku Ketua Jurulatih Kebangsaan Negeri Johor, Ketua Pentaksir Negeri Johor dan Guru Kanan Mata Pelajaran Reka Cipta.

Berdasarkan pengalaman beliau itulah jemputan khas ini dibuat untuk julung kalinya sebagai aktiviti Akademik JKD bagi tahun ini.

Dengan itu di alu-alukan semua pelajar dapat menghadirkan diri ke majlis ilmu tersebut tepat pada masanya.

Terima Kasih