Rasanya belum terlewat untuk pihak editorial Blog Teknik & Vokasional SMK Tanjung Adang mengucapkan selamat maju jaya di dalam menjawab soalan-soalan semasa Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk tahun 2010.
Khususnya untuk pelajar kelas 5 Bestari 1 dan 5 Bestari 2 yang mengambil mata pelajaran Reka Cipta & Sains Pertanian.
Tips terakhir yang boleh dikongsi disini, buat apa yang termampu apabila berada di dewan peperiksaan, hanya doa yang dapat guru-guru seperti kami iringi agar anda semua memdapat keputusan yang cemerlang dan menjadi insan yang bertanggungjawab pada agama, bangsa dan negara insyallah.
All the BEST ..!!!
Showing posts with label smkta. Show all posts
Showing posts with label smkta. Show all posts
Wednesday, December 1, 2010
Selamat menjawab calon SPM 2010 SMKTA
Labels:
2010,
cemerlang,
exam,
guru,
pelajar,
reka cipta,
sains pertanian,
smkta,
SPM
Tuesday, May 4, 2010
minggu Teknik & Vokasional 2010

Salam hormat dan salam Teknik Dan Vokasional SMKTA untuk tahun 2010.
Untuk julung kalinya Bidang Teknik Dan Vokasional SMKTA yang diterajui oleh En Zailani Bin Taib selaku Ketua Bidang telah lancarkan Minggu Bidang Teknik Dan Vokasional SMKTA yang telah dirasmikan oleh Pn Pengetua SMKTA iaitu Pn Hjh Asiah Bte Mohamad pada 3 hb Mei 2010. Tema " Kreativiti dan Inovasi Pemangkin Kecemerlang ".
Guru-guru yang terlibat di dalam program ini ialah:
- Pn Julinah Bte Wagiman (Ketua Panitia KHB)
- Pn Shahrimah Bte Mashahrin
- En Mohd Nizam Bin Mat Tanda (Ketua Panitia RC)
- En Zailani Bin Taib ( Ketua SP)
Antara program-program yang akan di lakukan sepanjang minggu ialah:
- Pertandingan Kerja Kayu (KHB ERT & SP Tingkatan 3)
- Pertandingan Menjahit Skirt (KHB ERT Tingkatan 1)
- Pertandingan Memasak Sajian Sarapan Pagi (KHB Tingkatan 2)
- Pertandingan Teka Silang Kata KHB (Semua Tingkatan Menengah Rendah)
- Pertandingan Pemasangan Komponen Elektronik (KHB SP Tingkatan 2 & 3)
- Pertandingan Lakaran Produk Reka Cipta ( Tingkatan 4 & 5 )
- Pertandingan Kuiz Sains Pertanian ( Tingkatan 4 & 5)
Subscribe to:
Posts (Atom)