Monday, August 17, 2009

Trial PMR 2009


Selamat menduduki peperiksaan kepada para pelajar SMK Tanjung Adang. Khususnya pelajar-pelajar mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan Ekonomi RumahTangga dan Sains Pertanian... Semoga dapat menjawab dengan dengan tenang dan yakin! Kami guru-guru di Bidang Tek & Vok mendoakan kejayaan anda.

Thursday, July 30, 2009

PELARASAN KERJA KURSUS REKA CIPTA


Alhamdulillah, hari ini selesai sudah pelarasan kerja kursus reka cipta (3763/2) dengan keputusan yang agak baik dari segi penghantaran folio pelajar yang 100% menepati kehendak Lembaga Peperiksaan. Namun ada sedikit kekurangan dari aspek kemasan Artifak yang belum sampai tahap yang diingini.
Pelarasan kali ini dihadiri oleh KPN Johor iaitu En Zurkurnain daripada SMK Ayer Baloi, Pontian dan KPw iaitu En Abdul Rahman daripada SMK Semenchu, Kota Tinggi. Pelarasan yang bermula seawal jam 9.00 pagi berakhir pada jam 11.30 pagi.
Terima kasih di ucapakan kepada pentaksir dengan teguran dan nasihat yang diberi. Tidak lupa kepada rakan-rakan guru yang terpaksa masuk menggantikan kelas cikgu Mohd Nizam dari hari Isnin hingga Khamis. Jasa mu akan di kenang. Semoga dimurahkan rezeki.

Wednesday, June 24, 2009

SAMBUTAN HARI TERBUKA, KOPERASI DAN KEMUNCAK KOKURIKULUM 2009


Hari terbuka tiba lagi... untuk panitia di bawah Tek Vok tiada masalah kerana rata-rata keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2009 agak memuaskan dari segi peratus kecemerlangan. Ucapan tahniah kepada warga pendidik Tek Vok yang berusaha gigih untuk mempertahankan peratusan 100% lulus unutk setiap peperiksaan, insyallah.

pertandingan membina blog panitia

Jentera bidang tek vok akan menyahut cabaran pihak pengajur untuk memeriahkan program pembestarian sekolah dengan membangunkan laman blog panitia yang tidak lain bertujuan memberikan maklumat dan ilmiah bukan sahaja guru malah para pelajar untuk mengakses apa sahaja yang berkaitan dengan Pengajaran & Pembelajaran di makmal mahupun di kelas.

Sehubungan itu, kami di dalam bidang tek vok mengalu-alukan sebarang maklumbalas dan kritikan jika terdapat kelemahan disana-sini bagi mempertingkatkan kualiti laman blog ini.

terima kasih.

Tuesday, June 23, 2009

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG BIDANG TEKNIK VOKASIONAL SMK TANJUNG ADANG