Saturday, May 8, 2010

Aktiviti Sains Pertanian



Persiapan sebelum pameran



















Pelajar-pelajar 4 Bestari 1 yang membantu guru-guru menjayakan program bidang teknik & vokasional.



Pameran Reka Bentuk Tahun 2010





































Guru-guru yang menjayakan program Teknik & Vokasional SMKTA. Tahniah dan syabas!

Tuesday, May 4, 2010

minggu Teknik & Vokasional 2010







Salam hormat dan salam Teknik Dan Vokasional SMKTA untuk tahun 2010.
Untuk julung kalinya Bidang Teknik Dan Vokasional SMKTA yang diterajui oleh En Zailani Bin Taib selaku Ketua Bidang telah lancarkan Minggu Bidang Teknik Dan Vokasional SMKTA yang telah dirasmikan oleh Pn Pengetua SMKTA iaitu Pn Hjh Asiah Bte Mohamad pada 3 hb Mei 2010. Tema " Kreativiti dan Inovasi Pemangkin Kecemerlang ".

Guru-guru yang terlibat di dalam program ini ialah:
  1. Pn Julinah Bte Wagiman (Ketua Panitia KHB)
  2. Pn Shahrimah Bte Mashahrin
  3. En Mohd Nizam Bin Mat Tanda (Ketua Panitia RC)
  4. En Zailani Bin Taib ( Ketua SP)

Antara program-program yang akan di lakukan sepanjang minggu ialah:

  1. Pertandingan Kerja Kayu (KHB ERT & SP Tingkatan 3)
  2. Pertandingan Menjahit Skirt (KHB ERT Tingkatan 1)
  3. Pertandingan Memasak Sajian Sarapan Pagi (KHB Tingkatan 2)
  4. Pertandingan Teka Silang Kata KHB (Semua Tingkatan Menengah Rendah)
  5. Pertandingan Pemasangan Komponen Elektronik (KHB SP Tingkatan 2 & 3)
  6. Pertandingan Lakaran Produk Reka Cipta ( Tingkatan 4 & 5 )
  7. Pertandingan Kuiz Sains Pertanian ( Tingkatan 4 & 5)
Program akan berlangsung dari 3hb Mei 2010 hingga 8hb Mei 2010. Penyampaian hadiah dan sijil kepada pemenang akan di adakan pada 14hb Mei 2010 (Jumaat).

Tuesday, February 23, 2010

PERTANDINGAN PEREKACIPTA MUDA TAHUN 2010



PERTANDINGAN PEREKACIPTA MUDA TAHUN 2010

TEMA: "MEREKACIPTA UNTUK MASA DEPAN"

Pertandingan ini dikelolakan sempena Pameran Rekacipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke 21 (I.TEX'10) yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 14-16 MEI 2010.

Maklumat terperinci sila klik disini http://www.minds.org.my/

Pertandingan terbuka kepada pelajar tingkatan 4 dan 5 samada secara individu atau berkumpulan

Borang penyertaan boleh didapati daripada En Mohd Nizam (Guru Reka Cipta)

Tarikh tutup penyertaan adalah 15 MAC 2010, sila serahkan kepada guru RC anda selewat-lewatnya 4 hari untuk urusan pengeposan bahan rekaciptaan.

Harap maklum.

Saturday, February 13, 2010

Projek akhir 2010 siri 1

Sebahagian daripada lakaran idea asas para pelajar tingkatan 5 tahun 2010, kini telah sampai ke lukisan teknikal.

Daripada 3 tema yang beri iaitu
  1. Penyimpanan
  2. Perlindungan
  3. Pembersihan
Majoriti pelajar selesa dengan tema penyimpanan dan pembersihan. Selamat maju jaya kepada mereka, insyallah lagi info bergambar untuk proses pembinaan model akan di upload... kita nantikan kemunculannya..
Bekas menyimpan biskut/makanan kering.
Tempat menyimpan kain tuala kering basah.

Pencuci semburan buih sabun.
Berus pencuci berspan 2 dalam 1

Wednesday, October 14, 2009

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB REKA CIPTA

PENGUMUMAN...

Hari ini akan diadakan satu Bengkel Teknik Menjawab Kertas Satu Mata Pelajaran Reka Cipta untuk para pelajar tingkatan lima 2009.

Program ini dikelolai oleh JKD Reka Cipta iaitu SMK Tanjung Adang, dan disertai oleh 2 buah sekolah dari sekitar daerah Johor Bahru iaitu SMK Tun Syed Nasir Ismail dan SM Sultan Abu Bakar.

Bermula dari 1.00 tengahari ketibaan peserta dengan makan tengahari disediakan oleh pihak penganjur. Solat jam 1.30. Bengkel bermula dari jam 2.00 petang hingga 4.00 petang.

Penceramah dijemput khas daripada SMK Ayer Baloi, En Zulkurnien Abdul Rahman selaku Ketua Jurulatih Kebangsaan Negeri Johor, Ketua Pentaksir Negeri Johor dan Guru Kanan Mata Pelajaran Reka Cipta.

Berdasarkan pengalaman beliau itulah jemputan khas ini dibuat untuk julung kalinya sebagai aktiviti Akademik JKD bagi tahun ini.

Dengan itu di alu-alukan semua pelajar dapat menghadirkan diri ke majlis ilmu tersebut tepat pada masanya.

Terima Kasih